Monday, September 07, 2009

Ceramah Nuzul Quran

Ceramah Nuzul Quran ini disampaikan oleh Dato Ust Kamarudin, Mantan Imam Masjid Negara diadakan di Masjid Tengku Kelana, Kelana Jaya.

Ceramah beliau adalah agak dramatik dan penuh dengan pelbagai kisah pengalaman, tetapi sebagai manusia yang lemah dalam peringatan, saya cuma boleh menulis apa yang ingat pada malam ini. Tujuan penulisan ini adalah bagi menyampaikan nasihat Dato kepada warga muslim dan bagi peringatan diri saya sendiri pada masa hadapan.

Sebelum itu, saya ingin memohon maaf jika kandungan dibawah, mungkin ada yang tidak betul atau terpesong. Maklumlah, peringatan saya tidak begitu kuat.

Rasullah S.A.W bertanya kepada Saidina Ali tentang "Adakah kamu faham akan Al-Quran? Dan apa yang kamu suka pada dunia ini berdasarkan kepada Al-Quran?"

Saidina Ali menangis mendengar soalan itu "Bagaimana Rasullah saya boleh menjawab, sedangkan Rasullah lebih mengetahui akan jawapannya". Dato' menerangkan tentang bertawaduk iaitu merendahkan diri walaupun mengetahui. Masyarakat kita suka bermegah megah padahal merendahkan diri adalah lebih penting.

Saidina Ali masih di tanya dan akhirnya beliau menjawab "Saya suka di dunia ini 4 perkara, pertama saya suka memberi salam sebelum orang yang ingin memberi salam kepada saya mengucapkan salam" Ertinya dia sini, Saidina Ali suka mengucapkan salam dahulunya. Perkara ini juga dituntut di dalam Islam. Ada satu lagi sebab, tapi saya dah tak ingat.

Dato juga menegaskan bahawa ucapan salam perlu penuh dan betul, bukan memberi salam setakat "Assamualaikum" atau memanjangkan "Kummmmmmmm" di akhir salam. Perkara itu tidak betul. Memberikan salam perlu penuh dan yang menjawabnya juga perlulah menjawab dengan penuh.

Perkara kedua Saidina Ali menyebut adalah, memberikan makanan yang disukanya kepada orang lain. Dato menyebut kalau masyarakat kita, pasti makanan bukan sahaja tidak diberi, tapi melebihkan makanan yang ada pada diri sendiri dan keluarga.

Perkara ketiga ialah mengkhatamkan Quran setiap hari. Perkara ini dilakukan dengan membaca sebarang surah, juzuk di dalam Quran, dan diakhiri dengan Ayat Ikhlas sebanyak 3 kali dan disambung dengan doa. Dato berjenaka yang ramai tidak membaca Al-Quran tetapi boleh masuk "Jangan Lupa Lirik".

Perkara empat Saidina Ali berasa amat segan untuk memberitahu kerana ini merupakan amalan-amalan beliau yang boleh menampakkan beliau sebagai riak jika diberitahu. Kembali kepada sifat tawaduk tadi. Tetapi Rasullah S.A.W masih ingin megetahui dan mendesak Saidina Ali secara lembut.

Saidina Ali menyatakan bahawa beliau suka bangun malam dan bersolat tahajud. Mengikut percakapan Dato, setiap kali kita bersolat Tahajud, kita dinaikkan darjat menghampiri Allah.

Di atas sedikit sebanyak kandungan ceramah yang diberikan oleh Dato'. Semoga ia dapat memberikan manfaat kepada yang membaca.

No comments: